Bantuan awal persekolahanPengumuman Keputusan STPMSenamrobik

Penolong Kanan Tingkatan 6

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga SMK Hamzah kerana memberi peluang kepada saya merakamkan sepatah kata dua kata dalam laman web ini.

Guru sebagai ejen utama perubahan mestilah sentiasa bersikap positif, kreatif dan inovatif membimbing pelajar serta bersedia meningkatkan kemahiran kendiri dari masa ke semasa. Sifat kepimpinan guru yang baik dan kopetensi yang tinggi menjadi modal insan yang utama membentuk dan membina hala tuju pelajar-pelajar. Semoga guru-guru SMK Hamzah menjadi contoh terbaik kepada pelajar-pelajar.
 

Guru sebagai pengganti ibu bapa hendaklah menentukan pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan dalam keadaan yang sesuai serta memberi layanan yang sama kepada semua pelajar. Perasaan kasih sayang dan keprihatinan guru dapat memotivasikan pelajar untuk belajar. Peranan guru tidak hanya tertumpu di bilik darjah sahaja tetapi diperluaskan dengan membantu pelajar-pelajar menguasai pelbagai kecerdasan. Guru yang cemerlang ialah guru yang boleh menginspirasikan pelajar-pelajarnya membina keyakinan diri untuk mencapai kejayaan.

Akhir kata saya menyeru seluruh warga SMK Hamzah agar sederap melangkah dan menjayakan segala rancangan yang diaturkan. Semoga portal web ini dapat membina pelajar dan masyarakat yang bermaklumat untuk maju setapak kehadapan.

Selamat Melayari Laman Web SMK. Hamzah

TN. HJ. RUSLEI B ABDULLAH

P.KANAN TINGKATAN 6
SMK Hamzah, Machang.