Bantuan awal persekolahanPengumuman Keputusan STPMSenamrobik

Penolong Kanan Sesi Petang

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakuh, dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa portal sekolah kerana memberikan saya peluang untuk menulis madah bestari.

Syabas kerana AJK portal sekolah berjaya mengendalikan kemunculan portal sekolah yang baru. Kreativiti dan pengurusan maklumat yang lebih baik dijadikan kenyataan melalui penggunaan teknologi, di mana para pelajar, guru-guru, pentadbir-pentadbir, dan ibubapa adalah? digalakkan menggunakan kemajuan digital dalam mengakses maklumat daripada sekolah ini.

Guru-guru akan menukar peranan mereka di dalam bilik darjah elektronik, dari menjadi pembekal maklumat? kepada fasilitator untuk menolong pelajar-pelajar mengembangkan pengetahuan dan daya pemikiran untuk memilih punca-punca maklumat yang sesuai dan usaha mengayakannya.
 

Kunci kepada kejayaan di dalam era digital adalah kebolehan membuat pilihan yang wajar dalam kalangan pelbagai jenis maklumat digital yang diperolehi, dan sekolah ini? sedang menelitikan sistem pendidikannya untuk merekakan satu program di mana para pelajar dapat belajar bagaimana belajar, supaya dapat menjalani pembelajaran sepanjang hayat.? Pembelajalaran bestari ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai pelajar-pelajar yang mampu dan mahir menguasai teknologi komunikasi dan seterusnya bijak dalam bidang ICT.

EN. HAZIM BIN ISMAIL

P.Kanan Sesi Petang
SMK Hamzah, Machang.