Bantuan awal persekolahanPengumuman Keputusan STPMSenamrobik

Penolong Kanan Pentadbiran

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Kepada pembaca sekalian,

Saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk mengalu-alukan kesudian anda untuk melayari Portal Web SMK. Hamzah ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada webmaster, En. Muhammad Suhaimi dan ahli pasukan dalam memberikan kerjasama dalam merealisasikan Portal Web ini dan menyediakan maklumat mengenai SMK. Hamzah kepada para pembaca.

Saya berharap Portal ini dapat menyediakan maklumat Sekolah yang diperlukan oleh para pengunjung. Saya juga berharap agar pasukan ini dapat memastikan maklumat-maklumat terbaru berkaitan Sekolah akan dikemaskini pada setiap masa. Para pengunjung Laman Web ini amat di alu-alukan untuk memberikan sebarang komen, idea dan cadangan untuk memperbaiki lagi Laman Web ini.

Selamat Melayari Portal Web SMK. Hamzah

EN. YUSOFF B. SAFIEN
Penolong Kanan 1

Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah, Machang.