Bantuan awal persekolahanPengumuman Keputusan STPMSenamrobik

Dari Meja Pengetua

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera, Tahniah dan syabas diucapkan kepada unit ICT SMK Hamzah kerana telah berjaya membangunkan laman web sekolah. Sesungguhnya komitmen dan iltizam yang tinggi adalah satu keperluan di dalam merealisasikan sesuatu pekerjaan dan tanggungjawab yang diamanahkan. Justeru, tanggungjawab ini telah cuba direalisasikan dengan terbinanya portal web ini. Sesungguhnya dengan adanya portal web seperti inilah kita dapat meningkatkan komunikasi serta perkongsian pintar ilmu pengetahuan yang dewasa ini lebih didominasi melalui capaian internet dan intranet. Bahkan, saya percaya, laman web ini akan menjadi inspirasi kepada ramai para pelajar untuk turut sama belajar mebangunkan laman web atau folio interaktif secara maya masing - masing. Oleh itu, secara ridak langsung, laman web ini bakal menggalakkan para pelajar mengasah kreativiti selain membuktikan yang institusi pendidikan tidak semata-mata mengejar kelulusan akademik malah turut membantu melahirkan insan yang berjiwa.

Harapan saya dalam usia sekolah yang telah berusia ini, kita mampu bersaing dengan sekolah premier lain bukan sahaja dari segi kecemerlangan akademik, malah juga dari aspek kokurikulum. Justeru, guru-guru serta para pelajar sekalian haruslah berusaha dengan lebih gigih dan saling bekerjasama bagi menjulang nama institusi kita iaitu SMK Hamzah ke puncak yang lebih tinggi.

Akhir kata, semoga warga SMK Hamzah akan terus mencipta kejayaan demi kejayaan. Yakinlah, bahawa KITA BOLEH melakukan yang terbaik. Tahniah kepada mereka yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang. Semoga kejayaan mereka ini akan menjadi perangsang dan pembakar semangat bagi seluruh warga sekolah. Sekian, terima kasih.

Selamat Melayari Laman Web SMK. Hamzah

Tn. Hj. Abdullah Sani Yahya

Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah