 |
Navigation |
 |
 |
Home
Portal |  |
Sumber Manusia |  |
Pentadbiran |  |
Pentadbiran Tingkatan Enam |  |
Kokurikulum |  |
Kad Ucapan |  |
Penterjemah Automatik |  |
Gambar Kenangan |  |
|
 |
 |
 |
 |
 |
Galeri Gambar |
 |
 |
Gambar Pilihan |
 |
 |
Takwin Sekolah |
 |
 |
 | Mei 2012 |  |
| A | I | S | R | K | J | S | | | | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | | |
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
Guest Book |
 |
 |
Login |
 |
 |
Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|
 |
 |
 |
 |
 |
Test Your Speed |
 |
 |
ICT Subject |
 |
 |
Galeri Gambar Facebook |
 |
|
 |
SMK Hamzah Offical Portal |
 |
 |
Enjin Carian Maklumat |
 |
 |
PERSATUAN ALUMNI SMKHAMZAH |
 |
 |
Selamat datang ke laman web rasmi Persatuan Alumni Hamzah (Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah & Sekolah Rendah Hamzah)
Laman web ini bertujuan untuk mengumpulkan semua bekas pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah (SMKH) dan Sekolah Kebangsaan Hamzah (SKH). Ia juga sebagai wadah untuk mengeratkan silaturrahim di samping bertukar-tukar pandangan. Selain itu, laman web ini akan digunakan untuk menyiarkan sebarang berita atau informasi berkaitan sekolah dan program-program kerjasama yang dijalankan di antara sekolah dan alumni.
 Untuk tujuan ini, kami amat mengalu-alukan penyertaan semua bekas pelajar dan guru untuk menjadi ahli alumni. Sumbangan anda amatlah dihargai di dalam menjana peningkatan mutu dan kualiti sahsiah dan akademik adik-adik kita yang masih bersekolah.
Untuk menjadi ahli komuniti ASMEH dan berinteraksi di dalam kumpulan anda, sila klik butang register atau papar untuk melihat senarai ahli    Berikut adalah ahli alumni yang terkini mendaftar. Klik pada nama berikut untuk melihat senarai ahli alumni berdaftar di portal ini.
Semoga dengan maklumat ini dapat kita mengeratkan semula hubungan sesama ahli persatuan alumni. Terima kasih.
|
 |
 |
 |
 |
 |
Makluman Semasa |
 |
 |
PILIHAN SELEPAS SPM & STPM |
 |
 |
Selamat Hari Guru 2012 |
 |
 |
Keputusan SPM 2011 |
 |
 |
Keputusan STPM 2011 |
 |
 |
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan pada: RABU, 7 Mac 2012Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: STPM Result No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888. Contoh: STPM Result 920907036767 Hantar ke 15888 Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut. Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada pukul 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. Tahun lepas 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian. – BERNAMA
Posted by webmaster
on 07 March 2012 ·
0 Reads
|
 |
 |
 |
 |
 |
Selamat Tahun Baru Cina 2012 |
 |
 |
Sesi persekolahan 2012 bermula.. |
 |
 |
KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu  Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 203 Jumlah Hari Cuti Penggal 87
Posted by webmaster
on 04 January 2012 ·
310 Reads
|
 |
 |
 |
 |
 |
Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR 2011 |
 |
 |
Selamat Menyambut Aidil Fitri 2011 |
 |
 |
Syukur Alhamdulillah, sekali lagi dapat kita bersama-sama meraikan hari kebesaran ini setelah sebulan menjalankan ibadah puasa Ramadhan.
Sempena Aidil Fitri ini, warga SMK Hamzah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kakitangan dan pelajar SMK Hamzah yang beragama Islam, dan tidak lupa juga kepada pelayar laman portal SMK Hamzah. Disamping bergembira bersama keluarga tersayang serta tercinta, teruskan tradisi kunjung mengunjung ke rumah-rumah terbuka untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita.
Semoga di hari yang gembira ini hubungan kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara yang tercinta ini akan bertambah erat. Kepada kakitangan SMK Hamzah, mantan pelajar SMK Hamzah yang akan menyambut Aidilfitri di kampung halaman yang jauh, berhati-hatilah ketika memandu dan kami mendoakan perjalanan pulang yang selamat.
Sekali lagi saya dan warga SMK Hamzah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Pengetua SMK Hamzah.
Posted by webmaster
on 22 August 2011 ·
0 Reads
|
 |
 |
 |
 |
 |
Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar |
 |
 |
Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
 ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38) al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
klik read more ... untuk seterusnya
|
 |
 |
 |
 |
 |
Selamat Berpuasa Dan Kelebihan Solat Terawih |
 |
 |
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud : ” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”Manakala Rasulullah SAW telah bersabda : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…” Pengertian Puasa Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Syarat Wajib Puasa- Berakal
- Akhir Baligh (Cukup umur)
- Kuat atau mampu mengerjakan puasa
Syarat Sah Puasa- Islam
- Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
- Suci daripada haid dan nifas
- Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
Rukun Puasa- Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
- Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
Perkara Yang Membatalkan Puasa- Makan dan minum dengan sengaja
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
- Keluar darah haid atau nifas
- Gila
- Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa- Orang yang sakit
- Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
- Orang tua yang sudah lemah
- Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
Kemudian antara kelebihan-kelebihan solat terawih ialah.....
|
 |
 |
 |
 |
 |
Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2011 |
 |
 |
Berikut adalah tarikh untuk melihat anak bulan ramadhan atau bulan puasa 2011. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telahpun mengeluarkan senarai rasmi tarikh mencerap anak bulan bagi tahun 2011, Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan – Bulan Puasa 2011.  Tarikh yang diumumkan untuk melihat anak bulan ramadhan adalah seperti berikut: - Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011 - Tarikh mencerap anak bulan Syawal untuk penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 29 Ogos 2011 - Tarikh mencerap anak bulan Zulhijjah 2011 adalah pada 24 Oktober 2011. Berdasarkan kalendar islam 1432H/2011M yang telah dikeluarkan juga, tarikh awal puasa atau 1 ramadan diramalkan pada 1 Ogos 2011 manakala tarikh 1 syawal pula bersamaan 30 Ogos 2011. Tarikh 10 Zulhijjah atau hari raya aidil adha pula pada 6 November 2011. Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada perubahan dan bergantung kepada hasil cerapan dan melihat anak bulan seperti yang dijadualkan di atas. Sumber: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Posted by webmaster
on 18 July 2011 ·
0 Reads
|
 |
 |
 |
 |
 |
Malam Nisfu Syaaban |
 |
|
 |
Waktu Sekarang |
 |
 |
Bilangan Pelawat |
 |
 |
Tahun Hijrah |
 |
 |
Cuaca Hari Ini |
 |
 |
Falsafah Pendidikan |
 |
 |
 Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
|
 |
 |
 |
 |
 |
Bancian Umum |
 |
 |
Kategori Artikel |
 |
 |
Listen Online Radio |
 |
 |
Watching Online TV |
 |
 |
Maklumat Anda |
 |
 |
Pilihan Akhbar |
 |
 |
Pautan |
 |
|